Seorang warga Palestin telah diculik dan ramai lagi menderita terhidu gas pemedih mata pada petang Rabu apabila tentera rejim zionis (IOF) menyerbu bandar Salem town, di timur Nablus.
Menurut sumber tempatan, IOF menculik seorang warga emas yang dikenali sebagai Akef Shtayyeh dari rumahnya di bandar itu.
Ameen Shtayyeh, saudara lelaki tahanan itu berkata yang tentera rejim menaiki kereta orang awam dan menyerbu bandar itu. Mereka memecah masuk rumah-rumah, menyerang lelaki, wanita dan kanak-kanak daripada keluarga Shtayyeh sebelum menculik Akef.