Di tengah-tengah kebimbangan Israel terhadap pergolakan yang meluas, kerajaan pencerobohan Israel pada hari Rabu memutuskan untuk melaksanakkan penutupan sempadan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza semasa hari-hari terakhir cuti hari Paskah.
Penutupan akan bermula pada hari Khamis, bermula jam 5 petang, dan berlangsung sehingga Sabtu, 23 April, walaupun penarikan balik penutupan itu bergantung kepada keadaan keselamatan, menurut laporan berita Israel.
Tentera penceroboh Israel mendakwa bahawa pengecualian akan dibuat untuk rakyat Palestin yang layak memasuki Baitulmuqaddis untuk bersolat di Masjid al-Aqsa dan untuk kes kemanusiaan.