.Washington, Seorang anggota Dewan Perwakilan AS menggesa tekanan terhadap gabungan Arab Saudi-Emirat untuk menamatkan perang di Yaman.
Rashida Harbi Tlaib, adalah ahli politik dan peguam Muslim sekaligus merupakan ahli Dewan Perwakilan AS. Beliau bercakap dan meminta kepada rakannya untuk mengundi ulang aturan yang akan dikemukakan oleh Dewan Perwakilan AS tentang perang Yaman.
Anggota Dewan Perwakilan Demokratik berkata: “Saya berdiri di sini sebagai bentuk solidariti dengan rakyat Yaman dan menyeru agar sokongan AS dihentikan kepada pakatan Saudi”.
Pengeboman sembarangan terhadap sasaran awam, termasuk hospital, sekolah dan loji rawatan air, bersama-sama dengan pengepungan pelabuhan Yaman sebahagian besarnya dengan sokongan logistik dan senjata AS, telah membawa kepada apa yang disifatkan oleh PBB sebagai krisis kemanusiaan yang paling dahsyat di dunia, krisis yang telah membawa berjuta-juta rakyat Yaman berada di ambang kebuluran.
Rashida Tlaib menambah: “Saya mengalu-alukan khabar perjanjian yang dicapai oleh pihak-pihak dalam perang Yaman untuk gencatan senjata global selama dua bulan, pemberhentian semua tindakan ketenteraan di Yaman dan menarik balik sekatan bahan api serta pembukaan lapangan terbang. Amat dikesali, Arab Saudi hingga kini tidak menarik balik sekatan udara dan lautnya. Jadi nasib gencatan senjata dan jutaan rakyat Yaman menjadi persoalan”.
Rashida melanjutkan: “Untuk mengukuhkan gencatan senjata yang rapuh ini dan seterusnya menggalakkan Arab Saudi duduk di dua meja rundingan. Saya menggesa rakan-rakan saya untuk mengkaji semula rancangan Pramila Jayapal dan Peter di Fazio untuk menyokong dan mengundi untuk mengesahkan mandat perang untuk menamatkan penglibatan AS dalam perang gabungan ketua Arab Saudi di Yaman”.
Beliau menambahkan: “Peperangan ini asasnya adalah untuk memenuhi keegoisan dan cita-cita para diktator kuasa serantau. Dan menyebabkan pembunuhan masal serta penderitaan berjuta rakyat Yaman di seluruh negara ini. Tidak ada dalil untuk membenarkan perang ini dan ia mesti berakhir hari ini”.
Rasida Harbi, wakil Muslim dan Palestine ke Kongres AS, juga menulis di Twitter: ”Gabungan Saudi melemahkan gencatan senjata masa ini. Kongres mesti meluluskan perang kepada Yaman untuk menamatkan sokongan terhadap pembunuhan masal dan menekan Arab Saudi dan Emirat untuk keamanan”.
Kenyataan itu dibuat ketika Jake Sulivan dan pegawai kanan Joe Biden lainnya menjadi tuan rumah bagi wakil Menteri Pertahanan Saudi.
Menurut Rumah Putih, dalam pertemuan dengan Wakil Menteri Pertahanan Saudi, Sulivan meyakinkannya akan sokongan AS yang berterusan.