Penilaian terhadap lantikan Tajuddin Abdul Rahman sebagai duta Malaysia ke Indonesia merupakan sebahagian daripada dinamika politik Malaysia.
Indonesia justeru tidak seharusnya terheret sama, kata Teuku Faizasyah.
“Sebaiknya kita tidak masuk ke masalah politik dalam negara Malaysia,” kata jurucakap Kementerian Luar Negeri Indonesia (Kemlu) itu kepada Tempo semalam.
Lantikan Tajuddin itu setakat ini mengundang hebat kritikan pembangkang dan kumpulan masyarakat madani yang mempertikaikan kelayakannya.
Tajuddin Mei tahun lalu dipecat serta-merta sebagai pengerusi prasarana Malaysia Bhd selepas membuat komen yang dianggap tidak sensitif dalam kes pelanggaran LRT yang mengakitbatkan korban nyawa.
Sementara itu, Teuku Faizasyah berkata Tajuddin telah melalui prosedur lantikan sebagai duta.
“Pelantikan duta adalah kuasa negeri berkaitan melalui proses dalaman di negara itu dan juga di negara destinasi,” kata Faizasyah,
Faizasyah berkata setiap calon duta secara umumnya akan diminta kelulusan oleh negara penerima.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelmari berkata lantikan “orang politik yang lama serta berpengalaman” itu mendapat persetujuan Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi).