Pemerintah Taliban di Afghanistan mengarahkan semua penyampai berita wanita di saluran televisyen menutup seluruh muka sepanjang bertugas.
Arahan itu dikeluarkan Kementerian Kebajikan yang ditugaskan untuk menguatkuasakan ketetapan berkenaan bersama-sama dengan Kementerian Penerangan dan Kebudayaan, lapor saluran TOLOnews di Twitternya, hari ini.
Kenyataan tersebut memaklumkan arahan yang dikeluarkan dua kementerian terbabit adalah muktamad dan tidak boleh dirunding lagi.
Kenyataan berkenaan dihantar kepada Moby Group, yang merupakan pengendali TOLOnews dan beberapa rangkaian saluran televisyen serta radio di Afghanistan.
Sebelum ini kebanyakan penyampai wanita di saluran televisyen hanya memakai selendang ketika bersiaran.
Bulan lalu, Taliban mengeluarkan peraturan baru dengan mewajibkan golongan wanita menutup keseluruhan badan dari kepala hingga ke kaki ketika berada di tempat awam.
Menteri Dalam Negeri, Sirajuddin Haqqani berkata, pemakaian burqa sebagai mewujudkan persekitaran bermaruah bagi kaum wanita.
Selain menyifatkan pentadbiran Taliban komited menjaga hak terhadap setiap individu di negara pentadbirannya. – Agensi