Sana’a, Tentera Saudi dan askar upahan mereka melakukan 134 pelanggaran gencatan senjata kemanusiaan dan ketenteraan. Dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Sumber tentera Yaman menjelaskan bahawa pelanggaran pencerobohan termasuk 52 penerbangan pesawat peninjau bersenjata dan pesawat pengintip di ruang udara bandar Ma’rib, Taiz, Hajjah, Al-Jawf, Sa’dah, Al-Dhali’, Al- Bayda dan bahagian lainmya.
Sumber itu juga menekankan bahawa tentera upahan penceroboh mendirikan kubu pertempuran di sekitar bandar Ma’rib. Dan juga menyatakan bahawa 13 kesalahan pengeboman dengan senjata canggih telah tercatat.
Penceroboh tentera upahan dengan senjata yang canggih menyasarkan kearah tentera Yaman. Dan kearah orang-orang penting yang ada di Al-Balaq Al-Sharqi, Mala’a dan Sirwah di bandar Ma’rib, Bani Hassan di bandar Hajjah, dan Al-Malahiz dan al-Madafin di bandar Sa’dah.
Sumber itu menunjukkan bahawa 68 pelanggaran telah tercatat . Di mana penceroboh pakatan melepaskan tembakan ke rumah orang awam. Serta menargetkan kediaman askar dan orang penting di wilayah Ma’rib, Taiz, Hajjah, Sa’dah, Al-Dhali, Al-Bayda dan bahagian hadapan sempadan.