
Bot Israel melepaskan tembakan ke arah bot nelayan, di perairan bandar Beit Lahia, utara Semenanjung Gaza, pada Selasa.
Sumber tempatan menyatakan yang serangan ke atas bot-bot nelayan Palestin tidak menyebabkan kematian.
Bot tentera laut Israel sengaja melepaskan tembakan dan bom gas ke arah bot-bot nelayan di Semenanjung Gaza setiap hari untuk menghalang mereka menangkap ikan, sekaligus menjejaskan pendapatan mereka.