Sheikh Kamal al-Khatib, Timbalan Ketua Pergerakan Islam 1948 Palestin yang dijajah, telah mengutuk serangan dan jenayah Israel yang berlaku di kota suci dan di Masjidil Aqsa pada hari Ahad.
“Kekejaman rejim Zionis Israel di Masjidil Aqsa tidak akan melemahkan kami, dan tidak akan mematahkan kehendak kami,” kata Sheikh Khatib.
Beliau menyatakan kepercayaannya bahawa jumlah perkauman dan kebencian yang ditunjukkan oleh peneroka haramYahudi semasa perarakan bendera mencerminkan jenis pilihan dan dasar popular Perdana Menteri Israel Naftali Bennett.