Sebuah masjid di bandar Austria menjadi serangan terbaharu Islamofobia dan perkauman di sini, semalam.
Perkataan ‘Go Back Home’ diconteng di dinding Masjid Yesil di Austria oleh individu yang tidak dikenali.
Individu berkenaan dipercayai memasuki kawasan masjid tanpa kebenaran, kata pihak pengurusan masjid.
Duta Turkiye ke Austria, Ozen Ceyhun mengutuk kejadian tidak bertanggungjawab itu dan berharap kejadian yang berlaku menjadi insiden terakhir dalam serangan perkauman.
Tegasnya, situasi berkenaan boleh mengganggu keamanan di Austria.
Sementara itu, Konsul Jeneral Turkiye di Vienna, Cafer Mert Ozmert turut melawat masjid tersebut sebagai tanda solidariti. – Agensi