Gerakan Hamas mengutuk sekeras-kerasnya perlakuan para pendatang yang mencemarkan Greek Orthodox Chapel and Garden dengan kawalan polis pada pagi Isnin.
“Tindakan biadab itu menggambarkan budaya dan roh kebencian mereka yang diamalkan oleh pihak rejim terhadap agama lain dan tempat suci Islam serta Kristian,” Hamas menyatakan pada Selasa.
Gerakan itu mengesahkan yang rakyat Palestin akan bertahan menentang perlakuan tersebut dan melindungi tempat suci mereka serta kebebasan beribadah dan beragama.