Sebanyak 1,571 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,526,298.
Jumlah kes aktif sebanyak 22,395, turun 5.8 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.
Jumlah kes baru mengikut negeri:
- Selangor (714)
- WP Kuala Lumpur (221)
- Pulau Pinang (133)
- Perak (106)
- Negeri Sembilan (84)
-
Sabah (58)
- Johor (55)
- Melaka (55)
- Sarawak (40)
- Kedah (28)
- Pahang (24)
- Terengganu (20)
- WP Putrajaya (15)
- Kelantan (9)
- Perlis (5)
- WP Labuan (4)
Satu kematian dilaporkan di Perak, dengan tiada kes meninggal di luar hospital (BID).
Sejak minggu lepas, purata 3.4 orang dilaporkan meninggal dunia manakala purata untuk 30 hari pula sebanyak 3.5, yang menunjukkan aliran menurun,
Terdapat 129 laporan kematian pada bulan lepas (Mei) dan 564 kematian pada bulan April.
Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, Covid-19 telah meragut seramai 35,712 nyawa.
Seramai 976 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital dengan 26 sedang mendapat rawatan rapi.