Jawatankuasa Perubatan Tertinggi di Sana’a, Dr. Mutahar Al-Darwish, pada hari Sabtu berkata bahawa tindakan pakatan yang diketuai Arab Saudi menghalang penerbangan melalui lapangan terbang Sana’a telah menghalang rancangan Jawatankuasa berkenaan perjalanan pesakit.
Dr Al-Darwish menjelaskan dalam satu kenyataan akhbar bahawa berikutan lanjutan gencatan senjata PBB, 1,600 pesakit, yang dijadualkan diterbangkan dalam 16 penerbangan, akan menerima rawatan. Beliau menyatakan bahawa gabungan itu menyekat penerbangan ke Kaherah, sekali gus menghalang pesakit daripada mendapatkan rawatan.
Sementara itu, Ketua Pengarah Lapangan Terbang Antarabangsa Sana’a, Khaled Al-Shayef berkata “Kami mempunyai 24 penerbangan di bawah perjanjian gencatan senjata termasuk 15 penerbangan pergi dan balik Mesir yang belum dilaksanakan sehingga kini”, dipetik HodHodYemenNews.
Beliau menegaskan bahawa tidak menjadualkan penerbangan atau tidak mengumumkannya untuk beberapa waktu, adalah satu pembaziran peluang untuk melancong untuk rakyat. Ini juga menyebabkan rakyat tidak dapat menempah (tiket penerbangan), kerana gabungan itu meminta senarai nama penumpang dimuat naik 48 jam sebelum penerbangan.
Mengulas mengenai larangan penerbangan ke Kaherah, Al-Shayef berkata, “Kami belum menerima alasan rasmi untuk menangguhkan penerbangan dari Lapangan Terbang Sana’a ke Mesir.”