Seorang bekas duta Yaman telah mendedahkan rahsia kempen mengumpul dana untuk menyelamatkan sebuah kapal tangki yang sudah tua dipanggil FSO Safer, di luar pantai Yaman. Dia memberi amaran tentang konspirasi berbahaya di sebalik pengumpulan dana pada Ahad (13/06).
Penganalisis politik dan bekas duta Yaman, Abdullah Salam al-Hakimi, memberi amaran terhadap dakwaan pihak tertentu mengenai pembaikan kapal tangki FSO Safer di Hodeidah, kempen ugutan menggunakan bencana alam sekitar yang akan berlaku jika ia tenggelam, dan kutipan derma global untuk itu, kata Salam dalam akaun Twitternya.
Al-Hakimi menegaskan bahawa tujuan mengutip derma untuk penyelenggaraan unit simpanan minyak terapung adalah “untuk berpakat memindahkannya dari satu tempat ke satu tempat, merampas kapal tangki dan menghalang Yaman daripada mengeksport minyaknya, jika Sana’a kemudiannya berjaya menguasai semula ladang minyak di Ma’rib.
Unit simpanan minyak FSO Safer telah rosak kerana kekurangan pembaikan. Sejak pencerobohan Saudi ke Yaman pada 2015, pasukan kejuruteraan Yaman tidak dapat menjalankan penyelenggaraan yang diperlukan pada kapal tangki itu.
Walaupun Yaman telah berulang kali meminta PBB untuk bertanggungjawab memastikan penambahbaikan, banyak kerja masih belum selesai.
Jika FSO Safer bocor atau tenggelam, ia berkemungkinan menyebabkan tumpahan minyak yang besar dalam kadar bencana yang memusnahkan sebahagian besar ekosistem Laut Merah.
Kapal bahan api itu, bernama FSO Safer, diketahui berusia 45 tahun dan dimuatkan dengan 1.1 juta tong minyak mentah. Kapal itu telah ditinggalkan berhampiran pelabuhan barat Hodeida di Yaman sejak 2015.
Tumpahan dari kapal tangki minyak Safer dijangka membawa malapetaka, terutamanya untuk Yaman. Sebagai perbandingan, jumlah minyak pada kapal tangki adalah empat kali lebih banyak daripada insiden tumpahan minyak terbesar di dunia, dari Exxon Valdez pada tahun 1989.