Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan pada Selasa melaporkan, pihak berkuasa Rejim Zionis (IOA) telah menahan 450 kanak-kanak Palestin, termasuk 353 dari Jerusalem, sejak awal 2022.
Laporan turut menyatakan, 170 lagi masih berada dalam penjara Israel dan pusat tahanan, termasuk 10 daripadanya melebihi usia kanak-kanak ketika ditahan, seperti Ahmad Manasra.
Dalam laporan sama, IOA mengeluarkan perintah pemanjangan tempoh penahanan mereka, selain melucutkan hak asasi manusia seperti rawatan perubatan sewajarnya dan perbicaraan yang adil, sekaligus melanggar Hak Asasi Antarabangsa dan hak konvensyen kanak-kanak.