Beberapa warga Palestin menderita akibat terkena gas pemedih mata pada pagi Selasa apabila tentera rejim zionis (IOF) menyerang mereka di timur laut Semenanjung Gaza.
Menurut sumber tempatan, para petani yang bekerja di tanah mereka, timur bandar Beit Hanoun dikejutkan dengan serangan gas pemedih mata pada pagi ini.
Sumber menyatakan yang mereka terpaksa meninggalkan tanah mereka setelah sebahagian besar mereka terhidu gas pemedih mata.