Jurucakap Hamas Fawzi Barhoum berkata projek penempatan haram Israel merancang untuk menggunakan sejuta dunum tanah dari Jerusalem hingga ke Laut Mati melanggar hak tanah milik Palestin. Jurucakap Barhoum bercakap dalam kenyataan media pada hari Selasa, perancangan ini menonjolkan sikap perkauman penjajahan Israel dan perluasan yang disasarkan ke atas identiti Palestin dan menyahudikan tanah Tebing Barat dan Jerusalem.
Barhoum mengesahkan Pergerakan Hamas mengutuk segala cubaan rejim zionis Israel mengubah status quo Palestin, serta menambah sebarang percubaan tidak akan mengubah identiti Arab di tanah Palestin dan tidak akan melemahkan semangat warga Palestin dalam menghadapi tentangan itu.