Gabungan pemerintah dalam kabinet rejim Zionis baru-baru ini kehilangan majoriti di Knesset selepas beberapa anggotanya meletak jawatan.
Perdana Menteri Rejim Zionis, Naftali Bennett pada sidang media bersama Menteri Luar Negeri Yair Lapid pada Isnin (20/6/2022) petang berkata, “Kami telah memutuskan untuk membubarkan Knesset. Dan menetapkan tarikh pemilihan awal,”.
Bennett mendakwa keputusan untuk membubarkan Knesset sebagai keputusan yang tepat.
“Selepas perbincangan dan perundingan undang-undang, kami telah membuat kesimpulan bahawa Israel berada di ambang huru-hara,” kata Bennett.
Dia juga bersetuju untuk memindahkan kuasa secara tersusun daripada kawalannya kepada Yair lapid sebagai perdana menteri.
Sementara itu, ketua pembangkang Zionis Benjamin Netanyahu bertindak balas terhadap kejatuhan kerajaan gabungan Naftali Bennett dan Yair Lapid yang akan berlaku. Sambil menegaskan bahawa kerajaan Bennett telah mengalami kekalahan besar dalam bidang politik, keselamatan dan ekonomi.