Selepas 111 hari mogok lapar, seorang tahanan pentadbiran Palestin, Khalil Awawda hari ini memutuskan untuk menangguhkan tindakan itu.
Menurut Persatuan Tahanan Palestin (PPS), tindakannya itu berikutan pihak berkuasa Israel berjanji membebaskan Khalil, 40, pada akhir tempoh tahanannya sekarang.
Keadaan Khalil semakin kritikal kerana melancarkan mogok lapar sejak 3 Mac lalu, sebagai protes terhadap penahanan pentadbiran ke atasnya pada 27 Disember tahun lalu yang dilakukan tanpa sebarang pertuduhan atau perbicaraan.
Dia dikejutkan dengan penahanan pentadbiran selama enam bulan, yang berakhir dalam enam hari lagi.
Bagaimanapun, terdapat kebimbangan bahawa Israel akan memperbaharui penahanannya itu.
Selain Khalil, seorang lagi rakyat Palestin iaitu Raed Rayyan, 28, dari kampung Beit Daqqo dekat Baitulmaqdis, turut melakukan mogok lapar untuk hari ke-76 bagi menuntut penahanan pentadbirannya dihentikan. – Agensi