Lembaga Urusan Tawanan melaporkan, Selasa (28/6) keadaan Kesihatan tawanan mengidap barah iaitu Abu Hamid yang semakin menurun dan memasuki fasa kritikal.
Dalam laporannya mengutip pernyataan peguam Karim Ajwah, tawanan Abu Hamid telah mendapatkan 3 kali kemoterapi dan akan mendapatkannya untuk kali yang ke 4, setelah sepuluh hari kemudian seperti yang diputuskan para doktor yang mengubatinya.
Tawanan Abu Hamid menderita sakit barah di dada bahagian kiri dan mengalami penurunan berat badan drastik, tidak mampu berjalan dan sukarbernafas. Beliau hanya duduk di kerusi roda dan memakai alat bantu penafasan.
Lembaga Urusan Tawanan menuntut pihak penjara Zionis untuk bertanggungjawab penuh atas keselamatan tawanan dan nasib Abu Hamid serta meminta pihak antarabangsa untuk bergerak cepat membebaskannya dan menghentikan penderitaannya di dalam penjara Zionis.Sementara itu, puluhan anak-anak tawanan menyerahkan “surat terpanjang” kepada jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah, menuntut dihentikannya penderitaan ayah- ayah mereka dan membebaskan mereka dari penjara.