Eropah, Pada bulan Jun, inflasi tahunan di negara-negara zon euro mencapai lebih daripada 8.6%, melebihi 8.1% yang dicatatkan pada bulan Mei, dengan harga tenaga meningkat 41.9%.
Harga minyak telah meningkat dalam beberapa bulan kebelakangan ini, sebahagiannya disebabkan oleh kelonggaran pandemik coronavirus dan perang di Ukraine.
Ini menyebabkan harga produk petroleum meningkat dengan pesat di peringkat antarabangsa, terutamanya di negara yang menggunakan euro dalam urus niaga mereka.
Pemimpin EU juga telah memutuskan untuk mengurangkan pergantungan mereka kepada minyak Rusia ke tahap minimum menjelang akhir tahun 2022. Pemimpin blok 27 negara bertekad untuk mengurangkan pergantungan mereka kepada bahan api Rusia. Kerena penglibatan negara dalam perang dengan Ukraine, membawa tekanan inflasi yang kuat dalam negara Eropah.
Sebaliknya, Rusia sebagai tindak balas telah menghentikan pembekalan gas asli ke beberapa negara Eropah, termasuk Jerman, Itali, Austria, Perancis dan Bulgaria.
“Yang penting, embargo minyak dan tekanan bekalan gas yang berterusan sehingga Jun telah menyebabkan harga tenaga meningkat,” kata ahli ekonomi kanan zon euro ING Bank, Bert Colijn dalam ulasan.