Presiden AS Joe Biden dijadual melawat Palestin yang diduduki pada hari Rabu (13/7/2022) dan kemudian melakukan perjalanan ke Arab Saudi. Lawatan ini diadakan ketika AS dan rejim Zionis sedang menghadapi krisis dalaman.
Hazem Qassem ketika ditemu bual dengan wartawan Iran Press di Gaza menegaskan bahawa tujuan utama lawatan Joe Biden ke rantau itu adalah usaha membentuk pakatan tentera demi kepentingan rejim Zionis Israel
Sambil menjelaskan lawatan Biden ke Asia Barat dan motifnya tidak menjamin kepentingan negara Arab. Hazem Qassem menambah, lawatan ini adalah untuk mengesahkan kedudukan Rejim Zionis di rantau itu.
Jurucakap Hamas, ketika menentang lawatan presiden AS ke Palestin dan Arab Saudi yang dijajah, menegaskan bahawa pengukuhan paksi muqawama untuk memerangi kerakusan Zionis di rantau ini adalah sangat penting.
Lawatan presiden AS ke Palestin yang diduduki mendapat respons negatif daripada rakyat Palestin dan pelbagai puak.