Tentera China mengumumkan kapal pemusnah yang dilengkapi pelancar peluru berpandu USS Benfold milik Tentera Laut Amerika Syarikat. Yang memasuki perairan negara itu di Laut China Selatan, berjaya dihalau dari wilayah itu.
Dipetik Reuters, Rabu (13/7/2022) pihak tentera China menjelaskan peristiwa konfrontasi di laut antara pasukannya dengan kapal pemusnah AS, USS Benfold di Laut China Selatan.
Menurut Angkatan Bersenjata China, kapal pemusnah AS memasuki kawasan Laut China Selatan berhampiran Kepulauan Paracel, dan berjaya dihalau keluar dari kawasan itu.
Jurucakap tentera China berkata, “Pada 13 Julai 2022, kapal pemusnah yang dilengkapi dengan pelancar peluru berpandu milik Tentera Laut Amerika Syarikat, USS Benfold telah melanggar undang-undang dengan memasuki perairan wilayah Kepulauan Paracel, tanpa kebenaran kerajaan China.”
Pegawai China itu memberi amaran bahawa tindakan sedemikian boleh menjejaskan keamanan dan kestabilan Laut China Selatan, undang-undang antarabangsa dan norma hubungan antarabangsa secara serius.
Setakat ini, pegawai kerajaan AS masih belum memberi maklum balas berhubung pengusiran kapal perang negara itu oleh Tentera Laut China di perairan Kepulauan Paracel.