Sembilan negara Eropah mengeluarkan kenyataan bersama pada hari Selasa berikrar untuk terus bekerjasama dengan enam pertubuhan Palestin yang diharamkan Israel tahun lalu kerana Israel gagal membuktikan dakwaannya bahawa pertubuhan tersebut perlu ditetapkan sebagai pertubuhan pengganas.
Sembilan negara itu ialah Belgium, Denmark, Perancis, Jerman, Ireland, Itali, Belanda, Sepanyol dan Sweden.
“Tiada maklumat penting diterima daripada Israel yang mewajarkan kajian semula dasar kami terhadap enam NGO Palestin,” kata kenyataan kementerian luar negara itu.