
Batu bata berjatuhan dari tiang musolah lama Al-Aqsa, Rabu (13/7) akibat penggalian berterusan dilakukan oleh penjajah Israel di kawasan sekitar dan bahagian bawah Masjidil Aqsa.
Sejumlah sumber di Al-Quds menegaskan bahawa dinding musolah lama Al-Aqsa mengalami retakan disebabkan penggalian berterusan dan menyebabkan kerosakan berulang.
Pihak Otoriti penjajah zionis sering menunda keizinan kepada pihak teknikal badan wakaf Islam di Al-Quds untuk memeriksa apa yang berlaku di sekitar pagar Selatan Masjidil Aqsa walaupun terdapat jatuhan batu bata dari tiang Al-Aqsa.
Pada pertengahan Jun lalu, terdapat batu bata jatuh dari bahagian dalam pagar Selatan Masjidil Aqsa di kawasan yang dikenali sebagai musolah lama Al-Aqsa.