Sekurang-kurangnya 14 rakyat Palestin ditahan pasukan penjajah Israel dalam serbuan hari ini dan malam tadi yang dilakukan di seluruh wilayah diduduki.
Menurut sumber tempatan, askar Israel menahan tiga pemuda dan seorang gadis, Ghadeer Abu Hammad di bandar Hebron selatan Tebing Barat.
Di bandar berdekatan Dura, askar pengganas Israel turut menangkap dua yang lain.
Tentera juga menahan bekas Datuk Bandar al-Doha di daerah Bethlehem dan dua yang lain selepas menyekat kereta mereka berhampiran perkampungan Wad Foukin.
Di Ramallah, tentera menyerbu kem pelarian Jalazon utara bandar dan menangkap tiga penduduk Palestin.
Sementara di daerah Nablus, seorang pemuda Palestin ditangkap tentera Istael selepas rumah keluarganya di bandar Beita diserbu.
Malah, pagi ini pasukan tentera menahan seorang lelaki selepas menyerbu rumahnya di kejiranan Silwan di Baitulmaqdis Timur. – Agensi