Rejim Zionis menyerang petani Palestin di Semenanjung Gaza yang dikepung pada pagi Isnin , dengan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Sumber setempat melaporkan bahawa tentera Israel di pos tentera di belakang pagar sempadan telah melepaskan tembakan mesingan ke arah petani dan ladang mereka di timur Khan Yunis di selatan Gaza. Kesemua petani melarikan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan dari kawasan sasaran.