Front Demokratik Untuk Pembebasan Palestin mengatakan tindakan kolonial yang dipraktikan British dalam mandatnya terhadap Palestin telah menyebabkan bencana dan malapetaka bagi bangsa Palestin di samping projek Zionis yang memicu kepada penjajahan Palestin tahun 1948.
Pihak Front menyatakan bahawa seratus tahun mandat Kolonial British dengan penjajahan Palestin oleh British dan perjanjian Balfour telah melahirkan projek Zionis yang mereka dukung untuk mendirikan entiti Israel di bumi Palestin.
Deklarasi ini menyebutkan bahawa British akan terus melanjutkan permusuhannya terhadap bangsa dan hak-hak Palestin serta menutup kejahatan Zionis terhadap bangsa Palestin yang menurut organisasi Hak Asasi Manusia sebagai kejahatan perang dan kemanusiaan dimana para pimpinan Israel harus diseret ke mahkamah antarabangsa dan mendapatkan hukuman atas kejahatannya.