Rejim Zionis Israel pada pagi Isnin telah menyerang bot nelayan Palestin di bahagian utara dan kawasan pertengahan perairan kepungan Tebing Barat dan memaksa mereka untuk kembali ke daratan.
Menurut sumber tempatan, bot penyerang Israel melepaskan tembakan mesingan bertalu-talu serta gas pemedih mata kearah bot nelayan ketika berada beberapa batu nautika dari persisiran perairan as-Sudaniya dan al-Waha di utara Gaza.
Sementara itu, nelayan-nelayan yang menangkap ikan di persisiran an-Nuseirat dan az-Zawaida di pertengahan Gaza juga terlibat dalam serangan rejim Zionis Israel.