Sekurang-kurangnya 10 orang lagi maut di Gujarat, barat India, selepas terminum arak tiruan, menjadikan jumlah korban dalam kejadian itu kepada 38 orang.
Polis melancarkan siasatan dan membuat enam tangkapan selepas 51 orang yang terjejas dalam kejadian di daerah bersebelahan Ahmedabad dan Botad dimasukkan ke hospital, selain kematian.
“Beberapa mangsa yang dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal meninggal dunia semalam.
“Mereka mengambil alkohol metil yang hampir tidak dicairkan, mempercayai ia adalah minuman keras,” kata pegawai polis, Ashok Kumar Yadav kepada Reuters.
Penjualan dan pengambilan alkohol adalah dilarang di negeri asal Perdana Menteri, Narendra Modi, kecuali oleh mereka yang memegang permit kerajaan.
Kematian akibat alkohol yang dihasilkan secara haram – yang lebih popular dipanggil hooch atau minuman keras negara – adalah perkara biasa di India, di mana beberapa peminum mampu membeli minuman keras berjenama. – Agensi