Puluhan peneroka Yahudi mencemari Masjid Al-Aqsa di Jerusalem di bawah kawalan pasukan polis pada pagi Isnin sehingga tengah hari.
Menurut laman web al-Qastal News, sekurang-kurangnya 191 peneroka memasuki masjid dalam kumpulan berbeza melalui Pintu Maghariba dan mengelilingi lamannya dengan kawalan polis.
Ketika lawatan mereka di tanah suci Islam itu, para peneroka mendengar ceramah dari rabbi mengenai Temple Mount dan sebilangan dari mereka melakukan sembahyang Talmud.