Russia melancarkan serangan udara di wilayah Odessa di Laut Hitam dan Mykolaiv sehingga menyebabkan puluhan bangunan dan infrastuktur di pelabuhan sepanjang pantai negara itu musnah dan terbakar.
Pasukan tentera Kremlin menggunakan peluru berpandu dalam serangan itu, kata Komando Selatan Ukraine memuat naik status di Facebook.
Serangan Russia dalam tempoh 24 jam lalu juga telah mengorbankan tiga orang awam manakala lebih lapan yang lain mengalami kecederaan.
Di wilayah Odessa, puluhan bangunan di beberapa perkampungan di kawasan perairan musnah teruk.
Beberapa jam selepas serangan, seorang pegawai di wilayah Kherson berkata, Odessa dan Mykolaiv akan ‘dibebaskan’ oleh tentera Russia seperti yang berlaku di wilayah timur.
“Wilayah Kherson dan bandar itu telah dibebaskan selama-lamanya, kata Kirill Stremousov yang memetik agensi berita Russia, RIA Novosti.
Tindakan huru-hara itu berlaku ketika Ukraine sedang mempersiapkan serangan balas di wilayah selatan.
Russia sebelum ini menyerang Pelabuhan Odessa hujung minggu lalu.
Tentera Barat berkata, tiada petunjuk kapal perang Ukraine dan peluru berpandu berada di lokasi seperti yang didakwa Moscow.
Menteri Pertahanan Britain berkata, Russia kononnya melihat penggunaan peluru berpandu sebagai ancaman utama sekali gus menghadkan armada Laut hitam. – Agensi