
Sekumpulan peneroka ektremis Yahudi menyerang beberapa pengembala Palestin di Masafer Yatta, selatan al-Khalil di Tebing Barat pada pagi Khamis.
Pegawai tempatan Fuaad al-Amour berkata peneroka dari penempatan haram berhampiran kawasan Jawaya di Masafer Yatta menyerang beberapa pengembala tempatan, termasuk seorang kanak-kanak.
Ketika kejadian pengembala-pengembala sedang melepaskan lembu untuk meragut di kawasan itu apabila peneroka menyerang dan memaksa mereka meninggalkan padang ragut.