Al-Quds, agensi berita rasmi Palestin Wafa memetik sumber yang mengatakan bahawa serangan itu berlaku pada malam Ahad dan berlanjut pada dini hari Isnin (1/8).
Persatuan Banduan Palestin (PPS) berkata bahawa lebih dua dozen orang telah diculik oleh tentera Israel yang bersenjata lengkap. Dari bandar al-Khalil di selatan Tebing Barat yang diduduki dan dibawa ke lokasi yang tidak didedahkan.
Serbuan serupa juga dilaporkan di Nablus dan bandar berhampiran Beit Furik, yang mengakibatkan penahanan dua orang. Sekurang-kurangnya seorang mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital berdekatan selepas tentera Israel melepaskan tembakan ke arah penduduk tempatan yang menentang serangan itu.
Di Wilayah Jenin, tentera Israel menyerbu bandar Jayyous dan Sanour dan secara paksa membawa pergi sekurang-kurangnya empat orang.
Di kawasan Ramallah, tentera Israel menahan seorang budak lelaki berusia 17 tahun selepas menyerbu rumahnya di kem pelarian Jalazon.
Laporan itu juga mengatakan tentera Israel menahan seorang lelaki muda selepas memaksa masuk ke kem pelarian Shufat di al-Quds Timur yang diduduki.
Tentera Israel sering melakukan kempen penangkapan secara meluas di Tebing Barat dengan alasan untuk mencari warga Palestin yang ‘dikehendaki’.
Beribu-ribu rakyat Palestin ditahan di penjara Israel. Beratus-ratus orang telah dipenjarakan di bawah amalan penahanan pentadbiran, yang membenarkan menahan banduan Palestin di penjara Israel tanpa perbicaraan atau pertuduhan.
Beberapa banduan Palestin bahkan telah ditahan dalam tahanan pentadbiran sehingga sebelas tahun.