Pasukan rejim Zionis sekali lagi menyerang beberapa kawasan di Tebing Barat Sungai Jordan, serta mencederakan dan menangkap beberapa orang Palestin.
Agensi berita Palestina Shahab pada Rabu malam (3/8/2022) melaporkan pasukan Zionis menyerang kawasan Al-Sharqiya Nablus yang terletak di Tebing Barat Sungai Jordan dengan 30 kenderaan lapis baja.
Agensi berita itu turut melaporkan penahanan dua pemuda Palestin oleh tentera Zionis. Dan pertempuran di pintu masuk ke kem Al-Dahisheh di selatan Betlhehem, di Tebing Barat.
Dilaporkan, sebilangan rakyat Palestin cedera dalam pertempuran itu.
Tareq Ezzeddin, Jurucakap Gerakan Jihad Islam Palestin mengutuk jenayah rejim pendudukan Zionis. Dan menyatakan bahawa lambat laun Zionis akan menghadapi pembalasan atas tindakannya.