DAP Perak masih mengunci mulut mengenai desas-desus parti itu akan bertanding lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.
Pengerusinya Nga Kor Ming berkata pembahagian kerusi dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) akan diumum pada Konvensyen PH yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh (IICC) di Ipoh Khamis ini.
“(DAP) tambah kerusi atau tidak, jika boleh (memang mahu tambah kerusi bertanding PRU15). Kita tunggu 20 Okt, kena tunggu ini tarikh memang ‘feng syui’,” katanya ringkas pada sidang media di Wisma DAP di Ipoh hari ini.
Pada PRU14, DAP menang di semua tujuh kerusi Parlimen yang ditandingi iaitu Ipoh Timor, Ipoh Barat, Kampar, Batu Gajah, Teluk Intan, Beruas dan Taiping manakala 18 kerusi DUN dimenangi antaranya Sungkai, Aulong, Canning, Tebing
– Bernama