Seorang wanita Palestin cedera ditembak tentera pengganas Israel pada Ahad ketika sedang berada di rumahnya, menurut sumber perubatan.
Dalia Abu Mousa, 22, dari bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza ditembak di leher ketika dia berada di rumah.
Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Tentera Israel ditempatkan di timur Rafah secara rawak dan agresif melepaskan tembakan ke arah rumah dan tanah pertanian Palestin.
Sabtu lalu, seorang warga Palestin berusia 31 tahun meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya selepas ditembak tentera Israel dalam konfrontasi di Tebing Barat pada Jumaat.
Mujahed Ahmad Daoud antara lima rakyat Palestin yang cedera dalam konfrontasi yang meletus sejurus selepas serbuan provokatif Israel ke atas bandar Qarawat Bani Hassan di wilayah Salfit.
Menurut statistik Kementerian Kesihatan, kematiannya menjadikan angka korban jenayah harian Israel terhadap rakyat Palestin sejak awal tahun kepada 171, di mana 15 orang terbunuh setakat bulan Oktober.- Agensi