Sikap Zionis yang kejam tidak berkesudahan, terbaharu sebuah sekolah di selatan Nablus diserang dan dibakar kumpulan penceroboh haram Israel.
Memetik agensi berita WAFA, penceroboh Zionis menyelinap masuk dan membakar bilik darjah di sekolah berdekatan Kampung Urif, selatan Nablus, Tebing Barat.
Aktivis Palestin, Ghassan Daghlas berkata, sekumpulan peneroka daripada penempatan Yitzhar menyelinap masuk pada tengah malam ke perkampungan berkenaan.
Mereka menceroboh masuk bangunan sekolah dan memecahkan beberapa tingkap di bilik darjah serta merosakkan beberapa peralatan di bangunan itu.
Serangan berlaku ketika peningkatan sekatan tentera haram Israel dan penutupan beberapa jalan di wilayah Palestin.
Keganasan peneroka Zionis terhadap penduduk Palestin menjadi rutin harian di Tebing Barat.
Sehingga kini lebih 600,000 Zionis tinggal di penempatan haram di seluruh Al-Quds Timur di Tebing Barat dan melanggar undang-undang antarabangsa. – Agensi