Pihak berkuasa pendudukan Israel terus bertindak kejam merancang untuk merobohkan kediaman milik dua keluarga Palestin yang terkorban dalam insiden di luar pusat pemeriksaan di bandar Jenin, Tebing Barat.
Menurut Hani Abed, dia dimaklumkan mengenai keputusan Israel untuk merobohkan kediaman mereka yang terbunuh selepas terbabit dalam insiden tembakan di pusat pemeriksaan tentera Jalama – yang turut mengakibatkan kematian seorang tenteranya pada 14 September lalu.
Kedua-dua rakyat Palestin terbabit dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian sejurus ditembak mati oleh tentera Israel.
Katanya, kerja-kerja perobohan rumah yang berkeluasan 250 meter persegi itu akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat atau selewat-lewatnya hujung bulan ini.
Terdahulu, pasukan tentera menggeladah dan mengambil ukuran untuk proses pemetakan sebagai persiapan kerja-kerja perobohan.
Tindakan untuk merobohkan kediaman dua keluarga Palestin itu kononnya sebagai hukuman, selain kaedah untuk mengelak penduduk Palestin membela nasib mereka.
Polisi yang digunapakai rejim Israel dikecam secara meluas oleh kumpulan hak asasi manusia dan menyifatkan tindakan berkenaan sebagai ‘hukuman kolektif’, termasuk jenayah perang serta kemanusiaan”. – Agensi