Selepas berdepan isu kekurangan akses bekalan perubatan, rakyat Sri Lanka kini kehilangan ramai doktor akibat berhijrah serta mencari peluang kerjaya di Timur Tengah dan negara Barat.
Pakar perubatan yang bergantung ubat import kira-kira 85 peratus daripada keperluan farmaseutikal, telah menyembunyikan penggera selama berbulan-bulan.
Bagaimanapun, mereka akhirnya mendedahkan sedang bergelut untuk memberikan rawatan tepat kepada pesakit.
Biro Pekerjaan Asing Sri Lanka memaklumkan, trend berhijrah meningkat apabila keadaan kerja memaksa ratusan mereka meninggalkan negara.
“Terdapat trend peningkatan dalam kalangan profesional yang berpindah keluar dari pulau itu untuk mencari peluang lebih baik kerana keadaan semasa negara ini.
“Sebilangan besar doktor juga telah berhijrah meninggalkan negara ini,” kata pengurus besar biro itu, Priyantha Senanayake.
Data daripada Persatuan Pegawai Perubatan Kerajaan menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 500 doktor daripada institusi perubatan negeri telah berhijrah ke luar negara dalam tempoh lapan bulan pertama 2022.
Penduduk negara itu bergelut dengan pemotongan bekalan elektrik harian dan kekurangan komoditi asas di tengah-tengah krisis ekonomi terburuk sejak Sri Lanka memperoleh kemerdekaan dari British pada tahun 1948.- Agensi