Keluarga Palestin menuntut Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa memberi tekanan kepada pihak berkuasa haram Israel menyerahkan semula jenazah penduduk yang dibunuh penjajah Zionis.
Dilaporkan, sehingga kini masih banyak jenazah ditahan di rumah mayat di negara haram, Israel.
Keluarga berkenaan membuat bantahan di hadapan pejabat Palang Merah di beberapa bandar utama sambil memegang sepanduk ‘Kami mahu anak-anak kami, memegang jenazah syuhada adalah satu jenayah’.
Keluarga itu menegaskan semua alasan Zionis tidak menyerahkan jenazah adalah tindakan tidak wajar dan perbuatan kejam.
Mereka menuntut supaya jenazah dikembalikan segera kepada keluarga tanpa sekatan selain memberi hak kepada keluarga untuk menguruskan pengebumian yang sewajarnya. – Agens