Kementerian Kesihatan Myanmar memecat 557 doktor yang meninggalkan tugas hakiki apabila menyertai bantahan terhadap kerajaan yang membatalkan lesen perubatan kumpulan berkenaan.
Tindakan itu sekali gus menyebabkan tenaga profesional perubatan di negara pimpinan junta itu kini berkurangan, lapor media rasmi.
Mogok yang turut disertai penjawat awam lain di seluruh Myanmar itu dikenali sebagai ‘Gerakan ketidaktaatan Awam’ atau CDM – menentang kerajaan Junta yang mengambil alih pentadbiran dalam rampasan kuasa Februari lalu.
Seorang doktor yang bersembunyi selama lebih setahun selepas junta mengeluarkan waran tangkap di atas tuduhan menghasut memberitahu, dia dan kakitangan lain tidak berniat untuk menamatkan komitmen meskipun lesen perubatan mereka digantung.
“Kami tahu junta akan bertindak seperti ini dengan menggantung lesen perubatan,” katanya sambil menambah hanya mengetahui penggantungan lesen perubatan itu selepas dimaklumkan rakan-rakanya.
Kumpulan pertama pasukan doktor yang menyertai Gerakan Ketidaktaatan Awam berlaku sehari selepas rampasan kuasa, dilaporkan banyak hospital dan klinik yang dikendalikan junta tidak dapat berfungsi.
Keadaan mendesak tersebut mendorong junta melonggarkan syarat-syarat kemasukan ke sekolah perubatan, tahun ini. – Agensi