Pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU) menggesa siasatan berhubung kes pembunuhan pemuda Palestin di bandar Nablus, Tebing Barat yang diduduki.
Penyelaras Khas PBB untuk Proses Keamanan Timur Tengah, Tor Wennesland mengakui terkejut dengan insiden tentera Israel membunuh seorang warga Palestin di bandar Hawara, Tebing Barat, dekat Nablus.
“Insiden seperti itu mesti disiasat sepenuhnya, pelaku perlu dihadap ke muka pengadilan,” katanya.
Mangsa, Ammar Mefleh ditembak mati oleh rejim haram di pusat pemeriksaan di utaraTebing Barat pada Jumaat.
Rakaman yang dikeluarkan di media sosial menunjukkan dia ditembak empat kali pada jarak dekat ketika terbaring di atas tanah.Keme
nterian Luar Palestin mengecam ‘jenayah kejam’ yang dilakukan oleh ‘tentera Israel yang rasis’ itu.
Ketika kejadian, Bulan Sabit Merah Palestin berkata, tentera Israel menghalang petugas kecemasan daripada sampai kepada mangsa.
Kematian Ammar menjadikan lebih 210 orang Palestin dibunuh oleh tentera Israel sejak awal tahun ini. – Agensi