Gempa bumi kuat berukuran 6.4 skala Richter menggegarkan Indonesia pada Selasa, menurut Badan Mitigasi Bencana Nasional (BNPB).
BNPB dalam satu kenyataan berkata, gempa bumi itu melanda pantai selatan wilayah Jawa Timur dan gegaran kuat turut dirasai di bandar Jawa Jember serta kawasan Kuta di pulau peranginan Bali.
Setakat ini, tiada kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan.
Gegaran itu dirasaikan sekitar jam 1.07 tengah hari waktu tempatan, semalam.
Gempa bumi diukur pada kedalaman 10 kilometer (6.2 batu), dengan pusat gempa sekitar 233 km (kira-kira 139 batu) di selatan Jember.
Bulan lalu, gempa bumi berukuran 5.6 magnitud melanda wilayah Tenggara, sehingga membunuh 321 nyawa dan merosakkan 62,000 rumah di daerah Jawa barat, Cianjur.- Agensi