KUALA LUMPUR: Kerajaan meneruskan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dengan pengurangan kos RM11.01 bilion daripada jumlah asal.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ada sedikit pertambahan pembiayaan berikutan laluan baharu, namun kos keseluruhan ECRL lebih rendah berbanding kos keseluruhan asal RM85.97 bilion pada 2016.
“Penjajaran laluan tidak banyak membabitkan perubahan kerana masih terikat dengan perjanjian lama dan ia akan melambatkan proses pelaksanaan dan menyulitkan rundingan sedia ada,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet, hari ini.