Al-Quds, Pergerakan belia dan keluarga Palestin di Baitulmaqdis yang diduduki telah menggesa rakyat Palestin melancarkan mogok umum sebagai protes terhadap dasar kerajaan Israel merobohkan rumah.
Dalam satu kenyataan pada hari Isnin, pergerakan itu berkata bahawa bandar Jabal Al-Mukabir akan melakukan mogok umum pada hari Selasa sebagai protes terhadap dasar perobohan Israel yang dilakukan terhadap rumah penduduk Palestin di Baitulmaqdis.
“Kami tidak akan membenarkan lagi rumah kami yang dimusnahkan atau pengusiran kepada keluarga kami,” tegas pergerakan itu, sambil menambah bahawa ia akan berhadapan dengan jentolak Israel dalam apa jua keadaan.
Kira-kira 800 bangunan Palestin berdepan ancaman perobohan oleh majlis perbandaran Israel yang memihak kepada pembinaan 500 unit penempatan haram baharu selain penubuhan pusat beli-belah, menurut Jawatankuasa Susulan di bandar Jabal Al-Mukabir.