Laporan pada malam Jumaat (24/2/2023) menyatakan jumlah korban tewas akibat gempa bumi di Turki meningkat menjadi 44,218 orang. Manakala angka kematian di Syria mencecah 5,914 orang.
Menurut AFAD, terdapat 9,136 gegaran susulan sejak gempa bumi awal berukuran 7.8 magnitud pada Isnin, 6 Februari 2023, yang berpusat di Wilayah Osmaniye.
Gempa bumi itu turut memusnahkan kira-kira 264,000 pangsapuri di Turki dan ramai orang masih hilang dalam bencana terburuk negara itu.