PASIR GUDANG: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membantu empat beradik yang terputus makanan selama empat hari.
Pegawai JKM Daerah Johor Bahru, Adnan Md Yassin, berkata tindakan hasil aduan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Permata Baiduri Malaysia.
Beliau berkata, mengikut aduan, empat kanak-kanak itu didakwa hidup tanpa penjagaan.
Katanya, petugas JKM melawat ke Blok 59, SEDC, Taman Air Biru, Pasir Gudang di sini petang ini, ibunya masih tiada di rumah.
Adnan berkata, kanak-kanak berkenaan dibawa keluar dari rumah bagi tujuan membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Sultan Ismail.
“Kanak-kanak berkenaan mungkin dimasukkan ke wad bagi tujuan pemeriksaan kesihatan dan proses pencarian keluarga akan dilakukan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
“JKM juga akan melakukan semakan di Penjara Kluang dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) berkaitan rekod ibu bapa kanak-kanak berkenaan.
“Bapa kanak-kanak berkenaan berusia 38 tahun, manakala pasangannya berusia 31 tahun.
“Mereka memiliki lapan cahaya mata namun empat kanak-kanak berada di rumah berkenaan ketika lawatan dilakukan,” katanya ketika dihubungi.