Media Rusia melaporkan bahawa syarikat-syarikat China mengisi kekosongan yang disebabkan oleh pemberhentian aktiviti syarikat Barat di Rusia.
Kerajaan Rusia mengumumkan bahawa syarikat-syarikat China akan mengisi kekosongan dalam pasaran Rusia yang ditinggalkan oleh negara-negara Barat.
Igor Morgulov, Duta Besar Rusia di Beijing dalam wawancara pada Ahad (5/3/2023) menyinggung kerjasama ekonomi antara Rusia dan China yang berkembang pesat dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dan mempunyai prospek yang baik untuk pembangunan selanjutnya.
“Syarikat China sedang giat mengisi kekosongan dalam pasaran negara itu selepas syarikat Barat meninggalkan Rusia, disebabkan sekatan barat akibat perang Ukraine,” kata Morgulov.
“Rusia mengalu-alukan peningkatan eksport China ke Rusia, khususnya produk perkilangan dan pelbagai komoditi lain,”
Tindakan provokatif Barat, termasuk usaha untuk mengembangkan NATO ke sempadan Rusia, mencetuskan permulaan perang di Ukraine pada 24 Februari 2022 yang berterusan sehingga kini.