Seorang Pemuda Palestin telah ditembak mati semasa serbuan tentera Israel setelah kediamannya di kampung Izbat Shoufa dikepung.
Pemuda berusia 25 tahun dikenali sebagai Amir Imar Abu Khadijeh itu dibawa ke hospital setelah menerima tembakan peluru di kepalanya khamis lalu. Penembakan itu menyebabkan kecederaan pada tengkorak, kata kementerian kesihatan Palestin. Dia juga ditembak di bahagian bawah kaki.
Menurut aktivis tempatan Murad Droubi, sepasukan tentera besar menyerbu kampung itu dengan menutup pintu masuk utamanya dan menghalang pergerakan penduduk dan kenderaan mereka manakala sebahagian dari mereka mengepung perumahan.