Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sekali lagi mengecam pencerobohan terbaharu Israel terhadap perkarangan Masjid al-Aqsa di timur al-Quds yang diduduki, sambil menegaskan bahawa tapak suci itu adalah tempat ibadah khusus bagi umat Islam.
Hussein Ibrahim Taha, setiausaha agung OIC, membuat kenyataan itu pada mesyuarat luar biasa terbuka Jawatankuasa Eksekutif badan itu pada hari Sabtu, yang diadakan untuk membincangkan pencerobohan berterusan Israel ke atas al-Aqsa, berikutan serangan ganas tentera rejim terhadap Jemaah Palestin yang sedang menunaikan ibadah puasa Ramadan di sana.
“Al-Quds adalah sebahagian daripada wilayah Palestin yang diduduki dan ibu kota Negara Palestin, dan bahawa Masjid Al-Aqsa yang diberkati secara keseluruhannya, adalah tempat ibadat eksklusif bagi umat Islam,” kata Taha.
Beliau juga mengecam serangan kejam oleh tentera rejim Israel ke atas rakyat Palestin yang melakukan ritual berkaitan Ramadan di perkarangan itu, berkata tindakan itu adalah “satu pencabulan terang-terangan terhadap kesucian tapak suci, kebebasan beribadat, seperti mana yang digariskan di Konvensyen Geneva dan dan juga Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.”
Taha seterusnya menyelar dasar kependudukan rejim yang bertujuan mengubah status quo, berhubung dengan sebarang percubaan untuk mengubah status sejarah dan undang-undang tapak suci, khususnya Masjid al-Aqsa, yang mana tindakan ini adalah tidak sah dan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.
Ketua OIC juga memberi amaran bahawa langkah-langkah oleh tentera Israel ini akan mencetuskan ketegangan, ketidakstabilan, dan ketidakamanan di rantau ini, menjadikan rejim pendudukan bertanggungjawab atas akibat jenayah dan pelanggaran “berbahaya” ini.
Berpuluh-puluh tentera Israel yang bersenjata lengkap menyerbu perkarangan Masjid al-Aqsa pada malam Selasa sebelum melepaskan gas pemedih mata dan bom tangan mengejutkan ke dalam dewan solat Qibli, di mana ratusan lelaki, wanita, orang tua dan kanak-kanak bermalam untuk solat. Beberapa saksi berkata peluru keluli bersalut getah turut dilepaskan.
Pegawai Israel kemudian memukul para jemaah dengan belantan dan senjata api, dan mencederakan orang ramai sebelum menangkap mereka.
Video dari dalam masjid menunjukkan pegawai Israel berulang kali memukul orang dengan belantan ketika mereka kelihatan terbaring di atas lantai. Dalam pada itu, jeritan meminta pertolongan daripada wanita dan kanak-kanak kedengaran di latar belakang.
Sejak bermulanya bulan mulia, rejim Israel telah mengenakan sekatan ketat terhadap keluar masuk rakyat Palestin ke dan dari pintu Masjid al-Aqsa. Di tengah-tengah ketegangan yang memuncak dengan penyembah Palestin, rejim Israel juga meneruskan pencerobohan mereka yang kerap dan ritual provokatif di tapak suci itu.